Mujahidah Perindu Syurga-Nya


Label

  • Berita Islam (7)
  • Fiqih Islam (13)
  • Islam Dan Kesehatan (13)
  • Muslimah (64)
  • islam dan sains (4)

Anda pengunjung Ke

Free Counters
Dell Store Coupons

Blog Archive

  • ▼  2011 (404)
    • Oktober (403)
    • November (1)

About Me

Foto Saya
mujahidah perindu syurga-Nya
sungailiat, bangka belitung, Indonesia
Jika kau merasa besar, periksa hatimu... Mungkin dia sedang bengkak karena kesombonganmu Jika kau merasa suci, periksa jiwamu... Mungkin putihnya adalah nanah dari nurani yang terluka Jika kau merasa tinggi, periksa batinmu... Mungkin dia sedang melayang kehilangan tempat berpijak Jika kau merasa wangi, periksa keikhlasanmu... Mungkin itu asap dari amal sholeh yang terbakar karena riya'
Lihat profil lengkapku

Entri Populer

  • Sebelum Engkau Halal Bagiku, Tautan Rindu wanita Muslimah
    Share 159 Jika engkau tidak mendapati seseorang yg bisa membahagiakanmu,maka berusahalah untuk membahagiakan dirimu sendiri, Jgn engkau bi...
  • 10 TIPS MENJADI SUAMI SUKSES
    1. Tampil RAPIH, BERSIH dan WANGILAH untuk istri anda. Kapan terakhir kali kita para suami pergi berbelanja baju yang bagus? Seper...

blog document

  • ▼  2011 (404)
    • Oktober (403)
    • November (1)

Pengunjung Lamanku

Ayat Hari Ini

Jam Hari Ini

Asmaul Husna :)

Kalender Hijriah

Silaturrahmi yuk!


ShoutMix chat widget

MusicPlaylist
Music Playlist at MixPod.com

Jadwal Adzan

Salat times for Sungailiat, Indonesia. Muslim Prayer Times Widget by Alhabib.
Get Your Prayer Times Widget!

Kamut Islam

Facebook Badge

Aku Hanya Ingin Cinta Yang Halal Di Mata Allah

Promote Your Page Too



- untuk pita di pojok kiri atas -
Tafaddhol jika ingin share sekiranya blog ana ini bermanfaat kerana HAK CIPTA hanya MILIK ALLAH.^_^. Diberdayakan oleh Blogger.

:)

Widget-Animasi-Blog

assalamu'alaikum

Followers

Kamis, 27 Oktober 2011
In: Muslimah

Muslimah Yang Sejati





             "Harta yang paling berharga di dunia adalah wanita yang solehah." HR Muslim
             Wanita ibarat bunga... cantik indahnya pada pandangan mata hanya sementara... Yang kekal menjadi pujaan manusia, hanyalah wanita yang mulia akhlaknya... kerana akhlak itu umpama bunga diri.. Tiada guna berwajah cantik tetapi akhlak buruk.. tiada guna juga berwajah cantik tetapi hati kosong dari ilmu... Ibarat bunga.. ada yang cantik bila dipandang tetapi busuk baunya... Ada pula yang kurang menarik dan baunya juga kurang menyenangkan... Ada juga bunga yang tidak menarik pada pandangan mata kasar..tetapi bila dihalusi dengan mata hati, ternyata amat tinggi nilainya....  
             Wanita adalah makhluk Allah yang amat istimewa. Kemuliaan dan keruntuhan sesuatu bangsa terletak di tangan wanita. Oleh yang demikian, Allah telah menetapkan hukumnya ke atas mereka; walaupun berat di pandangan mata si jahil dan ingkar tetapi ia adalah kemanisan iman yang dicicip oleh wanita solehah.
             Kerana itulah... Sebagai anak, dia menjadi anak yang solehah... Sebagai remaja dia akan menjadi remaja yang berhemah.. sebagai isteri, dia menjadi isteri yang menyenangkan dan menenangkan hati suaminya.. sebagai ibu, dia akan mendidik anaknya dengan penuh kasih sayang... dan pastinya sebagai hamba Allah, dia akan menjadi hamba yang tunduk dan menyerah diri hanya kepada-Nya...  
             Firman Allah dalam surah an-Nisa', ayat 24 yang bermaksud...  
             "Barangsiapa yang mengerjakan amalan yang soleh baik lelaki mahupun wanita sedang ia seorang yang beriman maka mereka itu masuk ke dalam syurga dan mereka tidak dianiaya walau sedikitpun."  

Wanita Menurut Perspektif Islam

                 Dalam Islam wanita amat dihormati dan dihargai peranannya. Sebagaimana eratnya hubungan siang dan malam yang saling melengkapi, begitu juga lelaki dan wanita diciptakan untuk saling melengkapi. Setiap lelaki dan wanita memiliki tugas-tugas dan kewajipan-kewajipan yang berlainan, sesuai dengan fitrah masing-masing. Namun, matlamat hidup setiap lelaki dan wanita adalah sama, iaitu mencari redha Allah (Mardhatillah). Rasulullah juga turut menyuruh umatnya supaya memperlakukan wanita sebaik-baiknya sebagaimana sabda baginda yang bermaksud :  
                  "Mereka yang paling sempurna dikalangan mereka yang ikhlas adalah mereka yang mempunyai akhlak yang terbaik dan yang terbaik dikalangan kamu adalah yang paling baik terhadap isterinya."  HR At-Tirmidzi
             Rasulullah saw telah memerintahkan supaya kaum wanita diperlakukan menurut fitrah ia dijadikan sebagaimana dalam sabdanya yang bermaksud....
                   "Berlaku baiklah terhadap kaum wanita lantaran mereka diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok adalah bahagian yang teratas, jika kamu cuba untuk meluruskannya kamu akan mematahkannya dan jika kamu membiarkannya ia akan tetap bengkok, maka berlaku baiklah terhadap kaum wanita kamu." Al-Bukhary dan Muslim  
                 Terdapat perbezaan diantara pembawaan lelaki dan wanita yang tidak boleh dinafikan. Wanita secara fizikalnya lebih lemah dari kamu lelaki, oleh itu mereka tidak dapat melindungi diri mereka dengan kekuatan mereka sendiri. Fitrah telah mengurniakan kepada wanita dua ciri iaitu kedegilan dan rasa malu yang merupakan dua senjata ampuh yang digunakan untuk memelihara diri mereka.Nilai sebenar wanita dalam Islam amat bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh wanita Barat. Nilai wanita bukan terletak pada fesyen pakaiannya yang menonjol, berhias diri untuk memperlihatkan kecantikannya, tetapi hakikatnya ialah pada kesopanan, rasa malu dan keterbatasan dalam pergaulan.

NAH....DI MANAKAH LETAKNYA DIRI MU WAHAI SAHABAT MUSLIMAHKU?
ISTIQOMAH LAH DALAM HIDUP MU.....

created by mujahidah perindu syurga-Nya di 23.12
Kirimkan Ini lewat Email BlogThis! Bagikan ke X Berbagi ke Facebook

0 komentar:

Posting Komentar

Posting Lebih Baru Posting Lama
Langganan: Posting Komentar (Atom)
@ 2011 Mujahidah Perindu Syurga-Nya; Many thanks to: Blogger Templates / blog Design Company / SEO / free template Blog